Thursday, January 6, 2011

Telah kucium wajahmu di persada mimpiku,
Menerjah sejagat iltizam berkasyaf naluri syahdu….
Senjaku tidak bersayap, sepiku tidak berhajat….
Merembas rindu yang tertancap, menakluk minda kian terikat!
Suatu senja musim ini menjahit luka lama,
Kutelusuri laman persahabatan seorang dara…
Lalu dunia ini mengharum kerana dia….
Secebis dia menyapa, sejuta bencah kelana menjadi ria 

.
Aku kembali aku….
Menjamah erti kembara rasa…
Meminati dia sang dara jelita…
Mengerti jingga dan gelap sang malam…
Setelah aku kenali aku….
Terinsaf berladuni aku ini bukanlah sang Kejora,
Bisa membantu sejuta pelaut muda mencari daratan…
Setelah aku kembali mencari aku….
Kumahu dia mengenal cintaku sejujur bahasa kata….
Aku hanyalah kunang-kunang yang setia menemani malam….
Kerana kutahu, aku bukanlah bintang yang merajai alam buana cahaya….
Seandainya kutemui dia….
Seorang Puteri yang teramat jelita,
Budinya halus bepekerti mulia,
Kecerdikannya merentas meraksa kota….
Kuharap dia tahu,
Aku hanyalah insan biasa,
Tidak mampu membina rakit untuk menuju ke langit….
Kuharap dia memahamiku,
Aku hanyalah hamba yang kerdil di bumi Allah SWT…..
Kerana aku tidak bisa merangkapkan bebidas untuk melastik ke bintang!
Kerana yang tersuluh oleh wangian Solat Tahajud…
Adalah aku yang berbakti kehadrat Malikulmanan….
Kerana yang tersimpuh oleh kebersihan Munajat…
Adalah aku yang memohon sejuta keampunan dari Yang Maha Esa…

Biarlah aku kembali,
Mencari sejernih harapan murni,
Episod Hidup Aku Sehingga Aku,
Membawa rahsia…
Kepada aku yang menemui Jalan Ilahi,
Mencari pintu cintamu Puteri,
Dari doa Sulaiman kepada Balqis,
Doa Yusof kepada Zulaikha,
Doa Ismail kepada Siti Hajar….
Doa Muhammad SAW kepada Siti Khadijah….
Seandainya kematian menjemputku senja ini,
Kau hadiahkanlah Surah Al-Fatihah,
Ke atas tulang belulangku,
Agar aku kembali menemui Allah SWT,
Kerana aku yakin,
Pada Syurga Ilahi,

No comments:

Post a Comment